Saturday, October 15, 2011

pagi hari AHAD..

pagi ini memang seronok kalau dapat jogging...tapi malangnye nuui demam... tapi takpe tu maknanya Allah masih sygkan nuui... kan? so nak diceritakan pepagi buta nuui dah surf internet...kunun2 nak buat report laa...tapi benda lain yang jumpa... seronok juga baca tips2 ni...terus laa terlekat... jum kita tengok tips apa yang nuui belek2 dari tadi...hehehe...


tips cara memikat lelaki.
1. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. ( tengah berusaha untuk belajar memasak )
2. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. ( nuui memang tak pandai nak menyembunyikan benda dari semua orang)
3. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. (haihhh..no komen..si dia je yang boleh komen kot)
4.Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan (hehehe....)
5.  Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. (nuui setuju sangat)
6. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu! (dah ada banyak contoh yang terjadi)
7. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas (eh yekew?? baru nuui tahu...)
8. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. (betul3x)
9. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati (haihhh..nak try laa buat macam ni..) 
10. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. (now i know that)

p/s: ini hanya laa tips semata-mata untuk membuatkan hubungan korang penuh dengan keceriaan... hopefully relationship korang akan berkekalan hingga ke akhirnya... renung-renungkan... terima kasih kerana membaca..! 

No comments:

Post a Comment